j0m f0llow =)

Thursday, August 18, 2011

| Wahai diriku.. |

Janganlah engkau sebarkan ilmumu agar engkau dibenarkan oleh manusia..

Namun sebarkanlah ilmumu agar Allah membenarkan dirimu..



| B A H A G I A |
Bahagia itu bukanlah sekadar bererti bilamana dirimu dalam keadaan yang menyenangkan..

Bahagia yg sebenar itu terlakar apabila amalanmu atau tingkah lakumu; walau ianya sukar dan pedih, namun ia melahirkan kasihNya Allah serta sayangnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم buatmu..

Nescaya ia menjadi penyelamat 'di sana' nanti..
Jadi renungkanlah.. Apakah ia sesuatu yg Allah redha kasihNya buatmu..?

Jika ya, maka walau pedih dan sukar sekalipun sesuatu itu..
Senyumlah, kerana kau tahu apa yang menantimu..



| Tatkala Hilang Tumpuan |
Rehat sebentar.. Pejam mata.. Tunduk..

Istighfar - Sbg tanda memohon keampunanNya..
Bismilllah - Sbg tanda memuliakanNya Allahu Rabbi..
Selawat - Sbg tanda rindu padanya kekasih Allah Rasulullah صلى الله عليه وسلم..
Pastikan terbit ukiran senyumanmu itu, kerana kau tahu untuk apa sesuatu itu menjadi ujian buatmu..

Perkongsian bekalan buat kita sama-sama bila mengenangkan sesuatu yg berat menumpang dalam urusan seharian kita. Lagi banyak diulang lagi bagus untuk meredakan hati.. InsyaAllah..

Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment