Entah kenapa semenjak akhir-akhir ini jiwa ana kacau... hati gelisah... berdebar-berdebar..
Mungkin kerana terdapat sesuatu yang ana buat yang tidak mendapat keredhaan Allah?
em...mungkin juga. Kadang-kadang pernah ana merasakan bahawa ana sangat kuat dan tabah. Namun,ana juga insan biasa yang tidak lepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Hari ini ana berasa sangat lemah dan amat memerlukan sokongan dan dokongan.
![]() |
Sekadar hiasan dan tidak membawa apa-apa makna yg tersirat .. |
Banyak sudah titisan air mata yang mengalir di pipi.. Namun,titisan air mata itu hanya sedikit memberi kesan buat jiwa.. Ya Allah...apa yang ingin Engkau tunjukkan kepada hambaMu?
Ya Allah...
Andai ini adalah ujian untuk menguji kecintaanku padaMu Ya Allah... kau berikanlah kepadaku sebaik-baik pengajaran. " Sesungguhnya Engkau yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui setiap segala sesuatu".
Ya Allah,
Ubatilah segala keresahan dan kedukaan dalam jiwa ini.
Ya Arhamarrahimin,
Jika aku mencintai sesuatu lebih daripada aku mencintaiMu Ya Allah,Kau bawalah kembali cintaku ke jalanMu Ya Allah.
Ya Allah,
Perkenankanlah doa hambaMu..
~La Tahzan~
~ Sesungguhnya Allah itu bersama kita~
No comments:
Post a Comment