j0m f0llow =)

Thursday, December 29, 2011

sahabat sejati .. ^_^

Sahabat ibarat biskut. Kejap ada, kejap tak ada. Bila diperlukan, cari sampai dapat. Bila senang, sahabat diabaikan. Bila sedih, semua sahabat dicari, tapi bila gembira, sahabat yang menadah bahu ketika menangis dilupakan.

Berapa ramai yang begitu. Tidak kurang juga dengan diriku. Mencari sahabat ibarat mencari baju. Memilih yang cantik dan menarik. Yang baru ditatang sebaiknya. Yang lama, yang buruk, dilupakan begitu sahaja. Bila saat memerlukan, habis satu almari digeledahnya.

Walau sejuta sahabat kita, namun belum tentu seorang pun dari mereka yang mampu menangis untuk kita. Orang tua-tua ada berkata, sahabat masa ketawa ramai, tapi bila sedih, seorang pun tiada. Bagi yang memahami pepatah ini akan sentiasa menghargai persahabatan. Dia akan sentiasa menjadi sahabat ketika kesedihan. Kerana ketika itulah sahabat amat-amat diperlukan. Ketika itu, hati, perasaan, fikiran sudah menjadi celaru dan kurang waras. Segala tindakan akan dilakukan secara melulu. Hidup ibarat berdiri di tepi lembah kehancuran. Apabila ada sahabat yang sudi menghulurkan tangan, mencurah simpati, dialah sahabat sejati. Kerana dia sanggup menghadapi risiko jatuh ke jurang yang sama. Dia akan sedaya upaya mencari jalan untuk menyelamatkan kita. Biar susah macam mana pun dia akan tetap berusaha tanpa berputus asa. Sahabat sebegini adalah sukar untuk dicari. Bila ditemui, selalunya tidak dihargai. Bila sendiri, barulah dicari.


Ketika diri sudah di ambang kekecewaan, sahabat sebegini yang di cari. Tapi malangnya, ini bukanlah masa untuk itu. Segalanya akan menjadi sia-sia. Kecuali keajaiban datang menyapa.

Oleh itu, hargailah setiap sahabat yang kita ada. Jangan sesekali melupakannya. Biarpun siapa dia. Walau setinggi mana kita kejayaan kita, kita harus sentiasa ingat, ada sahabat yang sentiasa berdiri di belakang kita. Mereka lah yang turut sama menolak kita ke puncak jaya.

Bukannya sukar untuk mencari ramai sahabat, tetapi teramat sukar untuk menghargai seorang sahabat. Walaubagaimanapun, ada banyak cara yang boleh digunakan untuk menghargai sahabat. Cukuplah dengan ucapan selamat sebagai tanda ingatan kita terhadapnya. Biarpun sudah lama tidak ketemu, pastikan yang kita sentiasa mengingatinya dan masih tetap berhubung dengannya biarkan cuma sekali dalam setahun.

Ya Allah! Aku pohonkan kebahgiaan dan keredhaanMu ke atas sahabat-sahabat ku. Biar dimanapun mereka berada. Ampunkanlah dosa-dosa mereka dan berilah hidayah dan petunjuk ke atas mereka agar mereka sentiasa berada di atas jalan yang Engkau redhai. Jauhkanlah mereka dari azab seksa api neraka dan bahgiakanlah mereka dengan nikmat syurga yang sejahtera.

Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan aku lupa terhadap mereka. Kuatkanlah ikatan ukhuwah di antara aku dan mereka.
Amin.. Amin.. Amin.. Ya Rabbal 'alamin..




:103::103::125::125::125::128::128::128:

Tuesday, December 20, 2011



Wahai wanita tidak Bertudung...Wahai wanita tidak bertudung,Sungguh cantik alunan rambut mu,Bebas menggerbang kemas terikat,Terserlah di bawah cahaya mentari,Mentari dunia yang tak sehebat NERAKA,Iaitu api yang kan membakar rambut mu, di hari akhirat hari penentu,maka hanguslah segalanya, hilanglah cantik alun rambut mu, tiada lagi yang menggerbang,tiada lagi yang terserlah.Oleh itu jadikanlah diri mu, Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,Sungguh cantik alas kepala mu,Ringkas pendek tersempang rapi,Tersembul jambul tertutup dahi,Terserlah lah bentuk tubuh,Mengapa tidak dilindungi?Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?Tidakkah kau ingat, Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar, Mereka itu wanita yang tak bertudung,Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,Oleh itu jadikanlah dirimu, Sebahagian daripada mereka yang bertudung, Bertudung labuh hingga ke paras dada.

Wahai wanita bertudung labuh,Sungguh cantik terlindung rambut mu,Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,Mengaburi segala yang tersirat di hati,hanya diri sendiri yang menghakimi,mungkin suci ikhlas kerana Ilahi,atau berdebu dengan sebab duniawi,riak wajah nampak tawadhu’,riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,alangkah ruginya andai benar begitu,kerna azab masih tak terlepas dari mu,serupalah sahaja diri mu ditunggu,diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,sama dengan mereka yang menyempang tudung,oleh itu jadikanlah dirimu, sebahagian daripada mereka yang bertudung, bertudung labuh hingga ke paras dada,tersemat jua bersamanya rasa taqwa..



Wahai wanita yang bertaqwa,Andai kau telah sampai ke tahap ini,Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,Syariat islam sebati dalam diri,Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,Yang dijanjikan di akhirat nanti, Dan tatkala di dunia ini lagi,Muslimah solehah kau digelari,Menjadi idaman setiap muslim soleh, Yang sukar sekali untuk diperoleh..

Wahai muslimah solehah pula,Jadilah mukminah mujahidah,Mujahidah yang akan menyeru,Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,Mujahidah yang akan berdakwah,Agar diri dan umat berubah,Mujahidah yang akan mengajak, Agar islam kembali tertegak.

Renungkanlah..kita tergolong dlm golongan yg mana..wahai muslimah2 yg kusayangi..marilah kita bermuhasabah..