j0m f0llow =)

Friday, September 16, 2011

~surAt drpd sAng rijAl~



wanita manakah yang tidak mendambakan seorang pejuang risalah rasulullah? yang bisa membisukan para musuh islam dengan kalimah 'لا اله الا الله محمد رسول الله'..




seorang rijaluddeen yang sanggup menggadaikan segala-galanya demi menegakkan islam! inilah yang dicari..inilah yang dinanti..

'aku mencintaimu kerana agama yang ada dalam dirimu..jika hilang agamamu,maka hilanglah rasa cintaku padamu...'


~Bismillahirrahmanirrahim~

1 message received..

enti...
bukan ana tidak mahu memandang wajah enti,
tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi hari-hari nanti
hari-hari yang pasti..

bukan ana tidak mahu melirik senyuman pada enti,
tapi,ana selalu tersenyum didalam hati
agar senyuman ini 'mahal' di hari cincin disarungkan di jari,

bukan ana tidak mahu bertanyakan khabar pada enti,
tetapi ana sering mendoakan agar suatu hari nanti,
ana tidak perlu bertanyakan dan ana sentiasa merasai.
di hari-hari yang pasti,,

bukan ana tidak mahu bercakap dengan enti,
tapi,ana ingin menghabiskan bicara-bicara ana,
tika mana ana dan enti bukan lagi 'ana' dan 'enti'
di hari-hari yang pasti..

bukan ana tidak mahu berchatting dengan enti,
tapi ana takut jari-jari ini tidak diizinkan lagi untuk membelai rambut enti..
di hari-hari yang pasti..

bukan ana tidak mahu mesej dengan enti,
tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari-hari yang pasti,
tika itu,mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yang dinikmati waktu ini..

bukan ana tidak ingin memandang wajah enti,
tapi ana bimbang wajah ini tidak akan memberikan senyuman di setiap pagi 
di hari yang pasti,,

bukan ana tidak mahu memandang senyuman enti,
tapi ana bimbang senyuman ini pudar dan layu
di hari-hari yang pasti..

enti yakinlah!
percayalah...

bukan ana tidak ingin mengatakan rindu pada enti,
tetapi rindu tika ini tidak akan membawa ana kepada rindu illahi
kerana ianya bukan hari-hari yang pasti..

bukan ana tidak ingin mengatakan ana mencintai enti..
tapi ana tahu cinta saat ini tidak juga membawa kepada cinta Ana pada illahi..
kerana ianya bukan pada hari-hari yang pasti..

kerana ia bukan di hari-hari yang pasti,
ana tidak mahu agar hati ana dan enti mati.
lalu mematikan hubungan ana atau enti dengan ILLAHI..

enti,
intailah sebentar hari-hari yang pasti..
tika itu,andai ana jatuh,enti menghulurkan tangan untuk memberi ana harapan..
tika ana kesedihan, enti bersedia untuk tersenyum disisi dan menggembirakan..
tika ana keseorangan, entilah teman..
tika ana kelalaian,entilah yang mengingatkan..tika itu..ana dan enti..
bukanlah 'ana dan enti' lagi.
kerana,,

ia adalah hari-hari yang pasti..
berdoalah untuk hari-hari yang pasti,
hari-hari yang pasti bagi mereka yang menyandarkan harapan pada jalan kebenaran..
dan itulah jalan yang telah islam berikan...

moga kita dipertemukan nanti,dihari-hari yang pasti,seperti yang ALLAHU RABBI telah janji..
bagi mereka yang mana hati-hatinya tidak mati dihari-hari yang tidak pasti..



 ________________________________________________________________

pasti...! yakinlah.. Allah sangat-sangat penyayang!! moga kita semua dibukakan pintu hati..
untuk enta2 dan enti2 sekalian...


* sangat-sangat menghargainya.Jazakallahu khairan kathira*

"ya Allah,andai aku rindu,biarlah rinduku bersulam taqwa.Andai aku sayang,biarlah sayangku kerana dakwah! 
aminnnnn"~ *hanya Allah yang tahu*

"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah, biarkanlah mawar 
itu terpaksa melukai tangan-tangan untuk merasai harumnya kasih Allah"

Thursday, September 15, 2011

anA xnk HOT di duniA sebAb tAkut HOT di akhirAt !!



Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.


Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?


Tidak kunafikan sebagai remaja, memerlukan kesabaran dalam mendidik keimanan sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina. aku juga memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.


Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.


Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya.

Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah.. Di hadapan Allah.. Di hadapan Allah..

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, 
asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini. =D

~usAh risAu jikA belum berpunyAa~


Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh. "Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku seorang saja." Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka. 






"Aku tak cantik ke?"
"Aku kurang bergaya ke?"                                 
"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya." 


Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres dan gelojak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Yang penting, dapat. Jangan begitu.
Pilu hati ini melihat mereka yang merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. 
Monkey Winks
Tak serik-serik lagi. Diri diperhamba menagih cinta yang sementara hingga sanggup berkonflik dengan Pencipta cinta. Tak kenal dosa pahala.


Memang ana akui, sebagai remaja memang ada rasa ingin menyayangi dan disayangi kerana 
ana juga seorang remaja. Tetapi ingat sahabat-sahabat sekalian, cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. 
Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.


Ku hembus nasihat ini kepadamu wahai sahabat-sahabatku sekalian tanda sayangku tak terhingga. Bagi para gadis yang belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.
Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.


Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, "first thing first" (Ijazah> Kerjaya> Berbakti kepada Ibu Bapa> Berumah tangga). Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali prioriti anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan sedia.


Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha!




Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana? Dengan SMS siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar dating, belanja makan? Begitukah? Tidak sama sekali.



Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.


Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu cuma dedaunan yang kering. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tidak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan Sunah.


Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Luh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.


Wallahu'alam..

Ya Allah,
dimanakah lagi dapat kutemui cinta sejati
kecuali pada cintaMu...
Kemana lagikah cinta ini harus berlabuh
kecuali pada kasihMU
Jadikanlah hati yang lemah ini Ya Allah...
Tertambat kukuh hanya padaMu


Ya Allah,
Aku mohon redha atas segenap keputusanMu
Kesejukan setelah matiku...
kenikmatan memandang WajahMU
dan kerinduan untuk berjumpa dengan Mu
Ampunilah diri ini yang tidak berharga Ya Allah
Penuhilah kehinaannya dengan kemuliaan maghfirahMu


Ya Allah,
masukkanlah aku dalam kalangan hamba-hambaMU
yang engkau cintai


Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya padaMU
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu...


Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut padaMU,
Agar tidak terjatuh aku ke dalam
jurang cinta nafsu


Ya Rabbi,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling dari
hatiMU....